Alhamdulillah, karpet telah berjaya dipasang
~ * ~ * ~ * ~ KUTIPAN TELAH DI TUTUP ~ * ~ * ~ * ~
Status terkini @ 04 Ogos 2017 Dana Kutipan Karpet
Jumlah kutipan keseluruhan RM 17,277.00
PIHAK MASJID INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA. SEMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN PAHALA BERGANDA KEPADA TUAN/PUAN.
KARPET AKAN DIPASANG DALAM MASA TERDEKAT SETELAH KERJA-KERJA NAIKTARAF SYILING DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK SIAP.
Banner sumbangan dana karpet Masjid Al Ariffin |
Mohon Sumbangan Dana Untuk Menggantikan Karpet Masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban, Kampung Seberang Ketil, 09200 Kupang, Baling, Kedah.
☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆
YBhg Tan Sri / Puan Sri,
YBhg Datuk Seri / Datin Seri,
YBhg Datuk / Datin,
YBhg Tuan / Puan,
Assalamualaikum w.b.t !
Untuk makluman semua, Qariah Gua Reban yang merangkumi Kampung Seberang Ketil, Kampung Charok Sikin/Kubang Panjang dan Kampung Tebing Tinggi sedang dalam proses untuk menggantikan karpet masjid yang sudah usang.
Kos keseluruhan menggantikan karpet ini dianggarkan sebanyak RM35,000.
Oleh yang demikian Ahli Jawatankuasa Masjid memohon jasa baik semua, agar dapat menghulurkan seikhlas hati sumbangan ke Tabung Pembangunan, Karpet Masjid ini bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan dapat dijalankan.
Sumbangan ikhlas ini dianggap sebagai saham akhirat di mana ganjarannya akan dibalas oleh Allah s.w.t.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
Nama Akaun :
MASJID AL ARIFFIN QARIAH GUA REBAN
Nama Bank :
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun :
0204 80100 62492
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Pengerusi/Imam : Tuan Haji Said'din bin Haji Ishak No. Tel : 019 591 0527
Setiausaha : Haji Mohammad Noor bin Haji Ibrahim. No. Tel : 013 581 9899
Bendahari : Haji Yusof bin Abdullah. No. Tel : 019 505 9805
Sumbangan anda amat dihargai.
Terima kasih.
"Tidaklah akan berkurang harta yang kita infak/sedekah dengan ikhlas kerana Allah melainkan Allah akan mengantikannya dengan harta berlipat ganda." HR Muslim
Gambar karpet Masjid Al Ariffin sekarang. |
#projekgantikarpet
#masjidalariffin
P/S : Sila sampaikan kepada saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan group yang lain.
Comments
Post a Comment