Pemasangan Papan Tanda Arah Masjid

Papan tanda arah masjid Al Ariffin 

17 Disember 2016, pemasangan papan tanda arah Masjid Al-Ariffin 300m di hadapan dilaksanakan pada tengah hari ini. Papan tanda arah ini telah ditempatkan di tiga lokasi berasingan iaitu dari arah Kampung Seberang Ketil, dari arah Kampung Charok Sikin/Kubang Panjang dan dari arah Kampung Tebing Tinggi. Semoga dengan adanya tanda arah ini dapat memudahkan orang ramai datang ke masjid.

JKKK Gua Reban sedang meninjau pemasangan papan tanda arah masjid.

Kos pembikinan papan tanda arah dan kos pemasangannya ditanggung sepenuhnya oleh tabung masjid Al Ariffin. Semoga sumbangan anda ke tabung masjid Al Ariffin selama ini akan mendapat balasan pahala dari Allah s.w.t.

Comments