Pemasangan Penghawa Dingin dan Tingkap Kesemen

Aircond yang telah siap dipasang
27 September 2017, Syukur Alhamdulillah segala puji kehadrat Allah s.w.t, pada hari ini telah selesai sepenuhnya kerja-kerja memasang tingkap kesemen dan alat penghawa dingin di Masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban, Kupang, Baling, Kedah. Dana projek ini adalah sumbangan sepenuhnya dari Tabung Haji Properties Sdn. Bhd.

Sebanyak tujuh unit penghawa dingin jenama Daikin serta dua unit Air Curtain telah dipasang.

2 unit 4 hp Ceiling Exposed Daikin
4 unit 3 hp Ceiling Exposed Daikin
1 unit 2 hp Daikin
2 unit air curtain

Diharapkan dengan pemasangan penghawa dingin ini dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang datang beribadat di masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban.

Penyata kewangan projek pemasangan tingkap kesemen dan alat penghawa dingin adalah seperti dibentangkan di bawah.

Sumbangan dari Tabung Haji Properties RM 84,660.00
- Pemasangan tingkap kesemen          RM 24,180.00
- Pemasangan Aircond                  RM 50,855.00
= Baki lebihan projek aircond         RM  9,625.00

Baki lebihan projek aircond ini setelah ditolak dengan kos 3 unit pintu kesemen sliding yang telah dipasangan oleh Pejabat Daerah Baling. Oleh itu, baki ini digunakan untuk menampung kos pemasangan karpet sebanyak RM  9,621.19. Maka baki bersih projek aircond ini dimasukkan ke tabung masjid sebanyak RM 3.81 sahaja.

Comments