05 Mac 2018, Isnin lebih kurang jam 6:50 petang, Masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban telah dilanda tiupan angin kencang. Lebih kurang sejumlah 64 buah rumah di Kampung Charok Sikin dan 15 buah rumah di Kampung Gua Reban terlibat dalam bencana ribut kali ini. Masjid dan surau berhampiran juga turut terlibat.

Awning sebelah kiri masjid telah jatuh dan rosak ditiup angin kencang.

Perkarangan masjid dipenuhi dengan serpihan atap asbestos dewan masjid

Khemah yang diterbangkan angin

Salah satu dari 3 khemah yang rosak teruk

Keadaan dalam dewan masjid yang basah dan berselerak dengan serpihan atap

Karpet masjid yang rosak teruk, terdedah kepada hujan akibat atap ditiup angin

Karpet terpaksa dijemur pada keesokan harinya.

Gotong royong telah diadakan pada keesokan harinya, 06 Mac 2018 untuk membersihkan kawasan masjid. AJK masjid merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu masjid Al Ariffin. Pihak Pejabat Daerah Baling di bawah pimpinan Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman telah mengambil tindakan segera membaiki atap dan syiling yang telah rosak.

Semoga anak qariah bersabar dengan ujian Allah ini dan sentiasa mendoakan agar qariah kita sentiasa dilindungi oleh Allah dari malapetaka yang tidak baik pada masa-masa akan datang.

Pihak masjid memohon sumbangan ikhlas orang ramai untuk menggantikan karpet yang tidak boleh digunakan lagi dan  3 buah khemah yang telah musanah akibat ribut. Sumbangan ikhlas tuan/puan boleh disalurkan ke akaun

MASJID AL ARIFFIN QARIAH GUA REBAN
BIMB 02048010062492

Terima kasih kepada orang ramai dan anak qariah yang membantu dalam apa juga bentuk bantuan.

Comments