Ceramah Israk & Mikraj 1437H


AJK masjid Al-Ariffin telah menganjurkan satu program ceramah agama sempena Israk & Mikraj 1437H pada 07 Mei 2016, selepas solat maghrib.

Program ini turut disokong oleh ketiga tiga JKKK iaitu JKKK Kg Seberang Ketil, JKKK Charok Sikin/Kubang Panjang dan JKKK Tebing Tinggi.

Seramai hampir 200 anak qariah telah menghadiri majlis ini walaupun hari hujan sejak sebelum maghrib lagi. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.

Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ustaz Mohd Faisal bin Mustafa dari Lembaga Zakat Kedah. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada penceramah kerana sudi menerima jemputan dari kami walaupun jarak antara Jitra dan Baling agak jauh.

AJK masjid berharap akan mendapat sambutan yang lebih hangat dari anak qariah dalam menjayakan program untuk mengimarahkan masjid kita.

Antara jemaah yang hadir dari pandangan hadapan. 
Antara jemaah yang hadir dari pandangan belakang.

AJK masjid bergambar kenangan bersama penceramah jemputan.

Comments