Program Tadarrus Al Quran Masjid Al Ariffin Ramadhan 1437H

Antara peserta tadarus Al Quran pada tahun ini.

Seperti kebiasaanya, pada tahun ini pihak Masjid Al Ariffin telah menganjurkan program Tadarrus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Dua kumpulan telah menyertai program Tadarrus pada tahun ini iaitu satu kumpulan Muslimat dan satu kumpulan Muslimin.

Program Tadarrus untuk kumpulan Muslimin dijadualkan pada setiap malam selepas solat Tarawih di dalam ruang solat masjid. Lebih kurang sepuluh orang anak qariah telah menyertai program yang diketuai oleh tuan bilal En. Yaakob bin Lateh.

Alhamdulillah, kumpulan ini telah berjaya mencapai sasaran menghabiskan 30 juzuk pada malam ke 27 puasa. Semoga amalan membaca Al-Quran ini diteruskan secara istiqamah oleh kita semua.

Majilis khatam Al Quran di Masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban.

Comments