Projek Mengecat Masjid

Alas karpet sebelum mengecat siling masjid.

16 April 2017, projek mengecat Masjid Al Ariffin telah dimulakan pada hari ini. AJK biro pembangunan, En. Mahamad Rosdi bin Yaakub selaku projek manager telah melantik tukang cat professional untuk menjalankan kerja-kerja mengecat.

Warna cat telah dipilih oleh tuan imam/pengerusi dan beberapa orang AJK lain. Projek mengecat ini telah berjalan dengan lancar dan telah berjaya disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Semoga masjid kita bertambah ceria sempena Ramadan dan Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Saf jawatankuasa masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biro Pembangunan terutamanya En Mahamad Rasdi yang  telah bertungkus lumus memastikan projek mengecat ini berjalan dengan lancar.

Menanggalkan cat lama sebelum mengecat baru.

Masjid Al Ariffin berwajah baru

Comments