Kem Smart Solat Muslimin@Masjid Al Ariffin

Peserta kem smart solat diberi penerangan ringkas oleh Ustaz Din.

12 Mei 2017, Jumaat. Biro Dakwah dan Pembangunan Insan telah menganjurkan satu program Kem Smart Solat bermula pada hari ini 12 Mei 2017 sehingga 13 Mei 2017. Matlamat utama program ini ialah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai cara solat yang betul, serta kepentingan solat berjemaah di masjid. Golongan sasaran kem ini adalah pelajar berumur 10 hingga 14 tahun.

Program bermula dengan pendaftaran peserta selepas solat Asar, Jumaat 12 Mei 2017. Seramai 80 orang peserta telah mendaftar.

Saf AJK masjid berterima kasih kepada Biro Dakwah dan Pembangunan Insan yang telah berjaya menganjurkan program kem smat solat ini. Ucapan syabas dan terima kasih juga kepada para peserta, waris, ibu bapa yang memberi sokongan menjayakan program ilmiah ini.

Solat berjemaah dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazir Ibrahim

Peserta kem mendengar ceramah mengenai Ramadan disampaikan oleh Ustaz Wahab

Comments