Sambutan Awal Ramadhan, PU Zul

Banner Program Ceramah Sempena Awal Ramadhan 1438H

17 Mei 2017, Rabu. Saf AJK masjid bersama barisan Biro Dakwah dan Pembangunan Insan telah berjaya menganjurkan satu Program Ceramah Sempena Sambutan Awal Ramadhan 1438H. Pihak masjid amat bertuah pada kali ini kerana penceramah jemputan PU Zul atau Ustaz Zulkornain bin Md Rejab, Naib Johan Pencetus Ummah #4 telah bersetuju untuk hadir. Ceramah PU Zul pada kali ini bertajuk "Hidup Tok Sey Malas, Akhirat Kita Gomo".

Terima kasih juga kepada anak qariah yang memberi sokongan yang baik dengan jumlah kehadiran yang ramai. Persediaan juadah makanan telah dilakukan sejak awal pagi lagi secara gotong royong.


Sebahagian anak qariah yang hadir dalam program ini.



Comments