Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1437H

Antara jemaah yang hadir dalam majlis berbuka puasa di Masjid Al Ariffin.

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberi peluang kepada kita semua bertemu dengan bulan yang penuh Barakah, Ramadhan 1437H. AJK masjid pada tahun ini telah menganjurkan masjlis berbuka puasa dan more pada setiap malam.

Sambutan majlis berbuka puasa pada tahun ini agak meriah di mana hampir setiap malam penuh dengan tempahan insan yang ingin merebut peluang untuk menderma dan memberi makan kepada muslim dan muslimat yang berpuasa.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Selaku penganjur, AJK masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang menghulurkan bantuan dalam semua aspek samada wang ringgit, makanan, masa, tenaga dan sebagainya. InshaAllah, pihak AJK masjid akan memperbaiki segala kelemahan dan memastikan anjuran pada tahun hadapan lebih meriah.

Comments