Majlis Tahlil & Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan 1438H di Masjid Al Ariffin

YB Hj. Harun turut berbuka puasa di Masjid Al Ariffin, Terima Kasih YB.

Ramadhan 1438H disambut dengan gembira oleh seluruh umat islam. Tawaran ganjaran pahala yang berganda memberi peluang kepada semua anak qariah masjid ini untuk menderma dengan menaja majlis berbuka puasa. Alhamdulillah pada tahun ini jadual tajaan majlis berbuka puasa penuh sepanjang bulan Ramadhan.

Biro Sajian serta saf Jawatankuasa Masjid Al Ariffin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah menaja makanan berbuka puasa pada tahun ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas ganjaran pahala berganda kepada kalian semua.

Pihak masjid juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir untuk bersama-sama membaca tahlil, berbuka puasa seterusnya menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid Al Ariffin. Sama-samalah kita berdoa agar kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Adalah menjadi harapan kami agar majlis berbuka puasa ini akan menjadi satu tradisi yang perlu diwarisi di Masjid kita.


Alhamdulillah, majlis berbuka puasa di masjid mendapat sambutan yang baik pada tahun ini.

Antara jemaah yang turut serta berbuka puasa di masjid.

Barisan orang kuat yang menyediakan juadah berbuka puasa

Ganjaran pahala kepada orang yang memberi makan orang berpuasa.

Comments