Peserta tadarrus Al Quran muslimin. |
Khamis, 27 Ramadhan 1438H bersamaan 22 Jun 2017. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. pada tahun ini masjid kita telah menganjurkan satu majlis khatam Al Quran peringkat qariah dengan jayanya. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menggalakan pragram tadarrus sepanjang bulan Ramadhan khususnya di masjid dan surau di bawah seliaan qariah masjid ini.
Majlis ini melibatkan seramai 36 peserta tadarus Al Quran dan 4 orang penerima sumbangan saguhati khas kerana terlibat secara langsung menjayakan program dalam bulan Ramadhan. Tuan imam, Hj Said'din Hj Ishak, dalam ucapannya menyarankan lebih ramai peserta lelaki untuk melibatkan diri dalam program tadarrus Al Quran pada masa akan datang.
Menjadi harapan semua, agar program seperti ini akan diteruskan oleh generasi muda masa hadapan. Semoga kita semua akan mendapat syafaat Al Quran di dunia dan di akhirat kelak.
Sebahagian besar peserta tadarrus Al Quran Muslimat. |
Kaum muslimat mengambil tempat. |
Antara peserta tadarrus muslimin selepas solat terawih. |
Sumbangan kepada anak qariah yang turut menjayakan program sepanjang Ramadhan 1438H |
Comments
Post a Comment