Sambutan Maulidur Rasul 1438H

Perarakan dari Kampung Seberang Ketil ke Masjid Al Ariffin.

12 Rabiulawal 1438H / 12 Disember 2016 Masjid Al-Ariffin dengan kerjasama ketiga-tiga kampung dalam qariah ini sekali lagi telah berjaya menganjurkan acara tahunan ini dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah kita telah dianugerahkan cuaca yang amat baik sekali pada pagi ini.

Seperti biasa, penduduk Kampung Seberang Ketil berkumpul di depan Kedai Yah Tomyam, penduduk Kampung Charok Sikin bekumpul di depan Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil manakala penduduk Kampung Tebing Tinggi memulakan perarakan di depan Al-Wadi. Peraraakan telah bermula seawal jam 08:15 pagi menuju ke Masjid Al-Ariffin.

Peserta perarakan dari Kampung Charuk Sikin.

Perarakan seramai lebih kurang 500 ahli qariah telah tiba di perkarangan masjid sekitar jam 09:00 pagi diiringi dengan laungan Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Haji Said’din bin Haji Ishak.

Adik Muhammad Asyraf bin Azizan sedang membaca ayat suci Al Quran

Adik Muhammad Asyraf Bin Azizan telah dipililh untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran. Beliau pernah mewakili daerah Kubang Pasu dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat negeri Kedah pada tahun 2011.

Majlis diteruskan dengan ceramah khas sempena Maulidur Rasul 1438H yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz  Izzat Amin Bin Mohd Nasir. Beliau adalah salah seorang pensyarah di Politeknik Kulim. Semoga nasihat dan kupasan kandungan ceramah yang disampaikan oleh ustaz Izzat Amin akan menjadi panduan kita semua.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid Nur Iman yang terdiri dari kanak-kanak bawah 12 tahun dari Kampung Seberang Ketil. Seramai lima orang kanak-kanak turut mempersembahkan cerita teladan mengenai Rasulullah s.a.w.

Urusetia majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan semua pihak, majlis ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Klik di sini untuk mendapatkan lebih banyak koleksi gambar.

Comments