Mesyuarat AJK Masjid #5 / 2017

5 Julai 2017, Rabu @ 09:10pm. Alhamdulillah, mesyuarat AJK dan Pegawai Masjid bersama ketua Biro telah berjaya diadakan di dewan masjid. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh tuan pengerusi qariah, Tuan Haji Said'din bin Haji Ishak berjalan dengan lancar. Fokus utama mesyuarat ini adalah berkisarkan projek naik taraf tingkap masjid dan pemasangan alat penghawa dingin demi keselesaan anak qariah. Mesyuarat telah sebulat suara akan melaksanakan projek di bawah mengikut turutan.
  1. Naik taraf tingkap dari naco ke cermin 
  2. Tutup syiling kubah
  3. Naik taraf pendawaian elektrik ke three-phase
  4. Pemasangan alat penghawa dingin
  5. Pemasangan karpet.
Sama-sama kita mendoakan agar projek ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t dan dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Imam, Hj Said'din Hj Ishak

Barisan pegawai masjid

Terima kasih saudara Fadzli, jurugambar.

Comments