Kem Bestari Solat Muslimat

25 Ogos 2017 bertempat di Masjid Al Ariffin, Biro Da'wah & Pembangunan Insan, Biro Hal Ehwal Muslimat, Biro Belia & Remaja serta Biro Sajian & Keceriaan telah berjaya menganjurkan satu Kem Bestari Solat dikhususkan untuk Muslimat. Seramai 53 orang peserta berumur antara 10 hingga 14 tahun telah menyertai kem ini yang berlangsung selama dua hari satu malam. Aktiviti anak-anak solehah ini telah dibantu oleh enam orang fasilitator yang terdiri dari anak-anak qariah lepasan universiti tempatan. Ketua fasillitator pada kali ini ialah cikgu Anis Bin Shaari.

Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk menerapkan cara solat yang sempurna mengikut ajaran Al Sunnah Wal Jamaah dikalangan golongan pelapis anak qariah ini. Disamping itu kem ini juga menerapkan pengurusan diri sebagai seorang wanita muslimah. Sifat keyakinan diri, jatidiri, uhwah dan empati sering diterapkan di dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Pada sebelah malam, kem ini turut disertai oleh ibu dan ayah berqiamullai dan bermunajat kepada Allah s.w.t. Solat malam dipimpin oleh ustaz Remy yang juga anak qariah ini.

Pihak jawatankuasa Masjid Al Ariffin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program yang amat berguna ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dana program ini ditaja oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
"Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita" HR Muslim
Salah satu kumpulan sedang menjalankan aktiviti dibantu oleh fasilitator.

Sessi muhasabah diri pada sebelah malam sedang dijalankan.
Terima kasih kepada ibu dan ayah yang bergotong royong menyediakan makanan.

Peserta sedang menikmati makan malam yang dihidangkan dalam talam.  

Antara saguhati yang disediakan kepada peserta.

Comments