19 Ogos 2017 bersamaan 26 Zulkaedah 1438H, Biro Da'wah dan Pembangunan Insan telah menganjurkan kuliah bulanan pertama yang bertajuk 'Ibrah Zulhijjah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Khodir Bin Haji Umar. Antara intipati kuliah pada malam ini, ustaz menerangkan kelebihan bulan Zulhijjah antaranya kita digalakkan untuk meningkatkan amalan ibadah kita. Kelebihan puasa pada hari Arafah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:
"Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas". (hadis riwayat Muslim).
|
Ustaz Khodir sedang menyampaikan kuliah. |
|
Sebahagian anak qariah yang hadir. |
|
Kuliah pertama ustaz Khodir di Masjid Al Ariffin. |
Adalah menjadi harapan semua agar lebih banyak pengisian ilmiah dapat diadakan di Masjid Al Ariffin. Anak qariah dan orang ramai dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis ilmu seperti ini.
Comments
Post a Comment