Majlis Bacaan Yaasin Khas Wukuf 1438H

30 Ogos 2017, Rabu 8 Dzulhijjah 1438H Masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yaasin Khas untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anak qariah yang akan berwukuf di Arafah khasnya dan kepada semua jemaah haji amnya.

Alhamdulillah, pada tahun ini seramai 6 orang anak qariah masjid menjadi tetamu Allah, duyufurrahman. Pihak jawatankuasa masjid mendoakan agar Allah akan mempermudahkan segala urusan dan akan mendapat haji mabrur. InshaAllah.


Sebahagian anak qariah sedang membaca surah Yaasin. 

Comments