Pemasangan Karpet Baru @Masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban

Kerja-kerja pemasangan karpet sedang dijalankan

05 Oktober 2017 Syukur Alhamdulillah, pada hari ini kerja-kerja pemasangan karpet baru menggantikan karpet lama telah dimulakan dan dijangka akan mengambil masa selama dua hari. Pihak masjid terlebih dahulu ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan, promosi, masa, idea dan apa jua bentuk sumbangan dalam memastikan pemasangan karpet baru dapat dijalankan. Semoga sumbangan tuan/puan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Berikut adalah penyata kewangan projek dana karpet ini.

+ Sumbangan orang ramai (receipted)  RM 20,725.00
+ Sumbangan ke tabung Pembangunan    RM    560.00
+ Sumbangan terus Bank-in + misc     RM  3,093.81
= Jumlah sumbangan                   RM 24,378.81

+ Lebihan projek aircond             RM  9,621.19

= JUMLAH kos pemasangan karpet       RM 34,000.00 

Penyata kewangan yang lengkap telah dipaparkan di papan kenyataan masjid untuk rujukan tuan/puan. Pihak masjid berharap dengan pemasangan karpet baru di masjid ini, jemaah dapat beribadat dengan lebih selesa. Jom rapatkan saf, mari solat berjemaah di masjid kita.

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
"Siapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di syurga."
(HR. Ibnu Majah no. 738. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)

Comments