Bengkel Kursus Pengurusan Jenazah Wanita

11 November 2017, Syukur Alhamdulillah, Biro Hal Ehwal Muslimah telah berjaya menganjurkan satu Bengkel Pengurusan Jenazah Wanita di Dewan Masjid Al Ariffin. Bengkel ini telah dipimpin oleh tiga orang tenaga pengajar berpengalaman dari qariah Charuk Bemban.

Matlamat utama bangkel ini adalah untuk mecari dan melahirkan pelapis baru dalam mengendalikan pengurusan jenazah wanita di dalam qariah ini. Seramai 30 orang peserta telah berjaya mengikuti bengkel ini secara praktikal sepanjang hari ini. Perserta kursus ini terdiri dari 10 orang peserta dari setiap kampung iaitu Kampung Tebing Tinggi, Kampung Gua Reban dan Kampung Charuk Sikin.

Semua peserta diberi sijil penyertaan di akhir kursus ini. Pihak masjid berterima kasih kepada semua pihak terlibat dan mengharapkan peserta akan mempraktikan ilmu yang dipelajari bila diperlukan kelak.

Penceramah sedang menunjukkan cara memotong kain kafan.

Para peserta sedang bersiap sedia untuk mengikuti Bengkel Pengurusan Jenazah Wanita.
Antara peserta yang telah berjaya menyertai Bengkel Pengurusan Jenazah 2017

Comments