13 Rabiul Awwal 1439H @ 2 Disember 2017, Biro Dakwah dan Pembangunan Insan, Masjid Al Ariffin telah menganjurkan satu program ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 1439H. Jemputan istimewa pada malam ini ialah Sheikh Ahmad Faisol bin Haji Omar, penceramah kedah FM. Lebih kurang 300 jemaah telah hadir pada majlis malam ini.
Antara intipati ceramah Sheikh Faisol pada malam ini ialah Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah yang kepada umat akhir zaman yang menuntut manusia menyembah Allah dengan mematuhi segala syariat dan perintah Allah dan meninggalkan segala perkara yang mungkar.
Sheikh Faisol menyeru semua jemaah agar memegang kepada ajaran peninggalan Nabi Muhammad s.a.w iaitu kita suci Al Quran dan Hadis. Al Quran memperihalkan segala-galanya, kehidupan manusia di dunia ini dan memperihalkan kehidupan manusia yang kekal di akhirat kelak.
Hadis@Sunnah adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi yang terdiri dari perkataan dan perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang memegang kepada kedua-duanya adalah golongan yang beruntung dan tidak akan sesat selama-lamanya. Maka beruntunglah orang yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t.
Pihak masjid merakamkan jutaan terima kasih kepada Sheikh Ahmad Faisol yang sudi hadir ke masjid ini walaupun jarak yang agak jauh. Semoga para jemaah akan mendapat ilmu yang bermanfaat dari ceramah kali ini untuk dijadikan panduan dan amalan hidup.

Sheikh Ahmad Faisol sedang menyampaikan ceramah. |
Antara tetamu yang hadir. |
Comments
Post a Comment