Sambutan Maulidur Rasul 1439H

13 Rabiul Awwal 1439H @ 1 Disember 2017 Masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban telah menganjurkan satu perarakan Maulidur Rasul 1439H. Seperti kebiasaannya, perarakan ini terbahagi kepada 3 kumpulan mengikut kampung iaitu Kampung Gua Reban, Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Charuk Sikin/Kubang Panjang. Perarakan selawat dari ketiga-tiga kumpulan ini akan bertemu di perkarangan masjid dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain.

Syukur Alhamdulillah, sambutan pada tahun ini agak meriah dengan disertai anak qariah dari pelbagai lapisan umur. Majlis turut diserikan dengan bacaan ayat suci Al Quran dan jamuan ringan.

Antara anak qariah yang turut memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1439H.

Anak qariah berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Comments