Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018


31 Januari 2018 bersamaan dengan 15 Jamadil Awal 1439H dengan kuasa Allah s.w.t pada hari ini kita dapat menyaksikan gerhana bulan penuh. Gerhana bulan ini dapat disaksikan seperti ketetapan berikut:

U1 - Gerhana separa bermula 07:48 malam
U2 - Gerhana penuh bermula 08:51 malam
M - Gerhana penuh maksimum 09:29 malam
U3 - Gerhana penuh berakhir 10:07 malam
U4 - Gerhana separa berakhir 11:11 malam

U - Umbra (bayangan gelap)
M - M ( Maksimum kemuncak gerhana)

Umat islam dituntut untuk malaksanakan ibadah berikut semasa berlakunya gerhana:
  1. Mandi sunat gerhana (sebelum melaksanakan solat gerhana).
  2. Menunaikan solat sunat gerhana bulan samada seacara berjamaah ataupun bersendirian.
Qariah Masjid Al-Ariffin juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan solat gerhana bulan (khusuf) secara berjamaah di masjid ini. Semoga dengan kejadian fenomena gerhana bulan penuh ini akan mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t dengan bersyukur atas kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.

Comments