Bicara Imam Muda Hizbur Rahman


Alhamdulillah, Masjid Al-Ariffin telah berjaya menganjurkan satu kuliah bulanan bersama imam muda Hizbur Rahman, naib juara imam muda musim pertama.

Tarikh : 18 Februari 2018 @ 2 Jamadil Akhir 1439H
Hari : Ahad
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Al Ariffin, Qariah Gua Reban

Antara intipati kuliah imam muda Hizbur Rahman pada malam ini, hidayah itu milik Allah. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bertaubat dan berdoa untuk diberi hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t. Matlamat hidup kita adalah akhirat iaitu tempat kekal kita.
Uruskanlah masa dan nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk beribadat dan beriman kepada Allah.

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Al-A'raaf 7:96)

Ustaz Hizbur Rahman menyarankan kita agar sentiasa membaca doa berikut untuk memohon Allah tetapkan hati kita dalam iman.

اللَّهُمَّ مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Ya Allah, yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamamu 

Semoga kuliah pada malam ini memberi sedikit sebanyak ilmu dan pengajaran kepada semua.

Comments